FORESTHILL BEKERJASAMA DENGAN MAYBANK ISLAMIC, DAIKIN DAN TEKA GROUP PERCEPAT INISIATIF KELESTARIAN

Published on 

FORESTHILL BEKERJASAMA DENGAN MAYBANK ISLAMIC, DAIKIN DAN TEKA GROUP PERCEPAT INISIATIF KELESTARIAN

May 18, 2024

 

 

KUALA LUMPUR, 18 Mei – ForestHill Residences di bawah Kumpulan Ehsan Bina menjalin kerjasama strategik dengan Maybank Islamic Bhd, Daikin Malaysia dan Teka Group untuk mempercepat inisiatif kehidupan mampan di Malaysia.
Ehsan Bina dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama tersebut membuktikan komitmen padu pemaju hartanah itu terhadap pembiayaan inovatif, teknologi cekap tenaga dan reka bentuk rumah mesra alam.
“Melalui kerjasama ini, ForestHill menyasarkan untuk menjadikan pemilikan rumah yang mampan lebih mudah diakses dan mentakrifkan semula kehidupan moden dengan tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
“Manakala kerjasama ForestHill dengan Maybank Islamic Bhd merupakan satu inisiatif baharu untuk menjadikan pemilikan rumah yang mampan dapat diakses oleh semua dan merevolusikan model pembiayaan tradisional,” katanya.
Selain itu, kerjasama dengan Daikin Malaysia dan Kumpulan Teka memperkukuhkan dedikasi syarikat terhadap amalan mesra alam dalam memastikan setiap aspek pengalaman hidup adalah sehala dengan prinsip kemampanan, kata Ehsan Bina.
Ketua pegawai kewangan Ehsan Bina Jamie Lai berkata: “Melalui perkongsian strategik dan inovasi tanpa henti, kami membentuk semula landskap bandar, membuka jalan untuk masa depan yang mampan yang memberi manfaat kepada generasi semasa dan akan datang.”

– BERNAMA

 

Article Source : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2299086